Monday, February 8, 2016

FONT STYLE

Sejak akhir-akhir ini kami menerima  pertanyaan dari customer berkaitan dengan pemilihan Font. Adakah pemilihan tulisan menjadi masalah kepada anda juga ketika memilih jenis tulisan yang sesuai untuk T-shirt anda ? Kenapa ? Ya..pemilihan tulisan amat penting kerana ia memberi impak yang besar keatas si pemakai.

Kepada yang nak buat tempahan T-Shirt, pastu tak ada idea nak  buat tulisan camna, boleh pilih jenis tulisan  dibawah ni, pastu bagitahu kami nak tulisan mana. Contoh Snickers atau Narnia dan sebagainya..





 Kalau takada yang  berkenan jugak tulisan diatas , search website kat bawah ni, pastu emelkan atau wassap saya jenis tulisan yang diingini. Kat sini terdapat lebih 1000  jenis tulisan yang kita boleh download Percuma !!!



JENIS-JENIS KAIN UNTUK T-SHIRT

Terdapat pelbagai jenis kain yang popular atau biasa digunakan di dalam industri pembuatan Tshirt. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, terdapat pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Berdasarkan pengalaman, lebih 70% pelanggan yang datang ke newpixBstudio tidak tahu jenis kain yang hendak dipilih. Adalah menjadi tanggung jawab sosial kami untuk berkongsi maklumat asas berkaitan pekara ini.

Semoga sedikit maklumat atau " Panduan Memilih Kain" ini boleh menjadi panduan yang berguna untuk memilih fabrik yang bersesuaian.

Antara yang menjadi persoalan utama adalah berkaitan dengan harga yang berbeza-beza antara jenis pakaian. Jenis kain akan menentukan keselesaan dan kepuasan kepada si pemakai. Selain itu, pelanggan perlu tahu bahawa harga kain untuk membuat Tshirt juga bergantung kepada harga bahan mentah dipasaran. Pelanggan seharusnya diberikan garis Panduan memilih Kain mengikut kesesuaian bajet dan keperluan.


Persoalan lain yang biasa ditimbulkan oleh pelangan kepada kami adalah kenapa kualiti kain berbeza walaupun ia dari material yang sama sebagai contoh “Cotton”. Ia bergantung kepada dari negara mana bahan tersebut dibuat. Kualiti Cotton dari Negara China, India dan Bangladesh adalah berbeza. Jadi adalah tidak pelik sekiranya harga dan ketahanan t-shirt Cotton dari setiap pengeluar adalah berbeza juga.


Pemilihan jenis kain yang betul akan menghasilkan kualiti printing dan sulaman yang lebih baik. Sebelum membuat keputusan untuk membuat tempahan Tshirt, adalah lebih baik pelangan berbincang jenis kain dengan syarikat printing terlebih dahulu yang mana hasilnya adalah “ Win-Win Situation”.


Antara jenis kain yang biasa digunakan dalam pasaran adalah;

· CVC 40 Double Interlock
· CVC Honey Comb
· CVC Honeycomb Lacoste
· CVC Wafer
· CVC Lacoste
· TC 26
· TC 30
· Fully Comb Woven Collar
· Cotton Round Neck
· 100% Cotton Mini Twill
· 100% Cotton Tubular
· Double Interlock
· 100% Interlock Vertical Line with Jacquard
· Micro Fibre


Terdapat 5 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian;

1. Tetra Cotton (TC 26)
Kain jenis ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Namun kain ini amat luas digunakan sperti baju muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, hari sukan atau hari keluarga. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch ( mengembang).


2. Cotton 100%
Kain jenis ini pula, adalah kain yang mendapat sambutan paling menggalakan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat mengembang (stretch/shrinkage).


3. CVC/PK/Lacoste
Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC (Tetra Cotton). Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.


4. Micro Fibre
Kain jenis ini amat selesa dipakai dan kebiasaannya digunakan untuk hari sukan serta aktiviti luar. Kain ini tidak meresap peluh dan cepat kering. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.

5. Cotton Interlock
Ia  memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada sipemakai. Kain ini lebih tebal, lembut tetapi tidak panas dan harganya sedikit mahal. Biasanya menjadi pilihan pelanggan yang tidak berkira tentang harga dan mementingkan keselesaan serta kualiti.

Semoga perkongsian mengenai Panduan Memilih Kain diatas dapat membantu anda.